Tips selepas menyewa kereta:
1.Kebersihan & kerosakan.😊
Kita sebagai pengguna perlu memastikan bahawa kereta sewa tersebut dalam keadaan bersih selepas menggunakannya.Sebarang kerosakan perlulah diberitahu kepada pihak syarikat kereta sewa supaya mereka dapat membaiki kerosakan tersebut.
2. Pulangkan kenderaan mengikut masa yang ditetapkan.😊
Dalam perjanjian kereta sewa terdapat maklumat mengenai masa penyewaan & masa penghantaran kereta sewa. Kita sebagai penyewa perlu mematuhi dan memulangkan kenderaan mengikut masa yang ditetapkan agar tidak perlu bayar wang penambahan masa.
3. Bina kepercayaan sebagai penyewa.😊
Kita mungkin kerap & sering menyewa kereta dengan syarikat yang sama.Jadi kita kena anggap bahawa kereta sewa itu seperti kereta kita sendiri,jika rekod penyewaan kita baik,pihak syarikat anda yakin pada kita jika kita ingin menyewa kereta mereka.
4. Saman & kesalahan trafik.😊
Kita sebagai penyewa kereta perlulah mematuhi jalan raya & had laju yang ditetapkan.Jikalau kita mendapat saman atau kesalahan jalan raya,ia akan menjejaskan kepercayaan pihak syarikat terhadap kita dan ada kebarangkalian kita tidak dapat menyewa kereta selepas itu.
5. Memberi maklum balas & cadangan.😊
Maklum balas penting untuk syarikat kereta sewa supaya mereka dapat memperbaiki perkhidmatan mereka kepada pelanggan.Justeru,kita sebagai pelanggan perlulah memberikan maklum balas serta cadangan untuk menambahbaikan perkhidmatan syarikat kereta sewa tersebut.Maklum balas kita sebagai penyewa amat bernilai bagi syarikat untuk melihat tahap keberkesanan perkhidmatan mereka.
Untuk maklumat lanjut,boleh hubungi kami :
HOTLINE :016 8407102(CAR RENTAL)
Website: www.daengrentacar.com
TRAVEL & TOURS: 010 392 7102(ZIRA)
Keselesaan anda,keutamaan kami..