Add this

Saturday, August 25, 2018

DAENG : TIPS SELEPAS MENYEWA KERETA

Tips selepas menyewa kereta:

1.Kebersihan & kerosakan.😊
Kita sebagai pengguna perlu memastikan bahawa kereta sewa tersebut dalam keadaan bersih selepas menggunakannya.Sebarang kerosakan perlulah diberitahu kepada pihak syarikat kereta sewa supaya mereka dapat membaiki kerosakan tersebut.

2. Pulangkan kenderaan mengikut masa yang ditetapkan.😊
Dalam perjanjian kereta sewa terdapat maklumat mengenai masa penyewaan & masa penghantaran kereta sewa. Kita sebagai penyewa perlu mematuhi dan memulangkan kenderaan mengikut masa yang ditetapkan agar tidak perlu bayar wang penambahan masa.

3. Bina kepercayaan sebagai penyewa.😊
Kita mungkin kerap & sering menyewa kereta dengan syarikat yang sama.Jadi kita kena anggap bahawa kereta sewa itu seperti kereta kita sendiri,jika rekod penyewaan kita baik,pihak syarikat anda yakin pada kita jika kita ingin menyewa kereta mereka.

4. Saman & kesalahan trafik.😊
Kita sebagai penyewa kereta perlulah mematuhi jalan raya & had laju yang ditetapkan.Jikalau kita mendapat saman atau kesalahan jalan raya,ia akan menjejaskan kepercayaan pihak syarikat terhadap kita dan ada kebarangkalian kita tidak dapat menyewa kereta selepas itu.

5. Memberi maklum balas & cadangan.😊
Maklum balas penting untuk syarikat kereta sewa supaya mereka dapat memperbaiki perkhidmatan mereka kepada pelanggan.Justeru,kita sebagai pelanggan perlulah memberikan maklum balas serta cadangan untuk menambahbaikan perkhidmatan syarikat kereta sewa tersebut.Maklum balas kita sebagai penyewa amat bernilai bagi syarikat untuk melihat tahap keberkesanan perkhidmatan mereka.

Untuk maklumat lanjut,boleh hubungi kami :

HOTLINE :016 8407102(CAR RENTAL)
Website: www.daengrentacar.com

TRAVEL & TOURS: 010 392 7102(ZIRA)

Keselesaan anda,keutamaan kami..

Friday, August 24, 2018

DAENG :TIPS SEBELUM MENYEWA KERETA.

Tips sebelum menyewa kereta:

1.Jangan sewa kereta yang lebih besar daripada yang anda selalu bawa.
Ini kerana takut anda tidak biasa untuk menggunakan kereta tersebut.Lebih baik,menggunakan kereta yang lebih kurang sama dengan kereta yang kita pernah guna.😊

2. Ambil masa untuk membiasakan diri dengan kereta sewa
Kita kena membiasakan diri dengan kereta yang kita sewa itu,ini kerana kereta kita mungkin tak sama dengan kereta sewa tersebut.😊

3.Uji atau kesan punat
Sebelum menggunakan kereta sewa tersebut,kita kena mengenalpasti punat untuk menghidupkan penghawa dingin,suis lampu dan sebagainya untuk menguji samada berfungsi atau tidak.😊

4. Pastikan anda fahami agreement yang diberi
Kita sebagai penyewa kena memastikan dan memahami agreement (perjanjian) kereta sewa supaya kita tidak mempunyai kesalahfaham tentang kontrak tersebut.😊

5. Pastikan mengenalpasti syarikat kereta sewa tersebut
Sebelum kita membuat perjanjian menyewa kereta di syarikat tersebut.Kita perlu mengenalpasti tentang syarikat tersebut untuk memudahkan urusan anda menyewa.😊

Untuk maklumat lanjut,boleh hubungi kami :

HOTLINE :016 8407102(CAR RENTAL)
Website: www.daengrentacar.com

TRAVEL & TOURS: 010 392 7102(ZIRA)

Keselesaan anda,keutamaan kami..

Friday, August 17, 2018

DAENG : TIPS TRAVEL

Sambungan....



1.       Data internet
Pada semua yang suka sangat ambil gambar, post-post kat IG tu, sis nak pesan la, jangan lupa beli topup banyak-banyak. Bukan apa,nanti ke destinasi tu, korang tak cukup data nak buka MAPS tuk cari peta sebab habis buat share gambar-gambar korang  J

2.       Data backup
Cakap pasal data internet, sis juga nak bagitau semua tentang data backup ni. Iyalah, ambil banyak-banyak gambar buat memori tu, kita kena backup kat email kita juga la. Misalnya perkara yang tidak diingini macam hilang telefon atau kamera, kita sudah sedia backup. Seperti pepatah melayu, “sediakan payung sebelum hujan”.

3.      Aplikasi memudahkan perjalanan
Apps seperti Google Maps, Grab dan berkaitan dengannya perlu di download di telefon bimbit anda. Sebab aplikasi ini penting kalau orang yang tidak memerlukan “tour guide”.

4.       Bag atau tempat letak cabel usb.
Selalu orang mengadu, time travel ni, tak sah kena beli spare usb untuk backup cabel usb dorang. Okay,sini sis nak bagi tips korang perlu sediakan satu bag or tempat untuk letak semua cabel or wayar usb korang. Bagi mengelakkan usb tu rosak, korang gulung dengan kemas.

5.       Power bank dan full charge telefon
Yang ni PALING PENTING terutama kepada yang nak travel tu. Korang kena charge “power bank” anda sebab kalau nak ambil gambar banyak kena pakai banyak bateri telefon.

Wednesday, August 15, 2018

DAENG : TIPS TRAVEL



TIPS TRAVEL

Ada yang baru berjinak-jinak travel ni, sini sis ada nak bagi tips sikit la untuk adik-adik,abang-abang or pakcik makcik yang nak travel tu.



Tips:

1.    Merancang dan tentukan tempat percutian
Kamu perlu senaraikan lokasi percutian dan buat senarai pendek daripada “list” lokasi kamu
*perlu pilih yang terbaik sebab takut menyesal.

2.      Tempah awal
Untuk tempahan, kamu perlu tempah awal-awal okay! Tempahan tu termasuk tiket kapal terbang dan penginapan. Ini persedian untuk kita kerana takut akan kelam kabut dan harga menjadi mahal. So, better tempah awal-awal. 

3.      Bajet
Okay, yang ni paling PENTING!!! Ramai orang pergi travel ni memang akan ada masalah tak cukup bajet. Sebenarnya bajet memang cukup sebab sebelum travel,kita kena buat perancangan bajet kita melancong sebab takut lepas bercuti…Duit dah habis. So, kita kena buat plan bajet dengan betul. 

4.      PENTING : DOKUMEN
Yang ni kita mesti ALERT okay!!! Pastikan sebelum keluar rumah untuk pergi melancong tu, kena check dulu dokumen yang kena bawa bersama. Dokumen seperti kad pengenalan,passport(jika perlu),tiket kapal terbang. Ini penting,kalau tak memang tak jadilah kamu bercuti… 

5.      Kurangkan barang-barang perlu di bawa
Ini yang selalu sangat sis perhatikan. Ramai orang melancong ni bawa barang macam nak pindah rumah je…Sepatutnya,kita bawa apa yang perlu je okay. Bukan apa,takut nanti kamu tak dapat nak angkat barang-barang tu, dah jadi satu masalah pula nak berjalan. Bawa pakaian yang bersesuaian dengan tempat percutian anda..

Bersambung....